Hartal Day Cardiff’08 was incredibly successful!

All in all, the event was excellent! Abang Muhaimin wrote something about it in his blog post which can be viewed through this link.

I have written an email complimenting and thanking everyone who had done excellently well in their roles throughout the preparation and presentation of Hartal Day Cardiff’08. The email was sent through Malaysian Muslim Circle in Cardiff YahooGroup and Facebook, which is copied and pasted here:

—————-

TERIMA KASIH BUAT JAWATANKUASA PENGANJURAN PROGRAM HARI HARTAL CARDIFF’08

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah program Hartal berakhir dengan jayanya. Program yang bermula hampir sejam lewat dari masa yang dicadangkan tetap berjalan mengikut agenda yang ditetapkan. Kehadiran ke program cukup membanggakan dan menampakkan semangat dan kekuatan jiwa mahasiswa di UK. Puluhan pelajar dari seluruh Bandar-bandar utama di bahagian selatan UK hadir ke program. Mereka bertandang ke Cardiff dari Bath, Bristol, London, Greenwich, hatta ada yang datang jauh dari Warwick dan Nottingham! Subhanallah!

Sukalah saya untuk melafazkan setinggi-tinggi rasa syukur pada Allah kerana melancarkan pengurusan program ini, baik dari sudut pengurusan mahupun teknikal program. Disini juga saya sebagai Pengarah Program Hartal secara peribadi ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada (muslimin dulu, kemudian muslimat. Tiada unsure-unsur hierarki dalam menyebut nama-nama dibawah):

Al-Fadhil Ustaz Anwar diatas nasihat tentang pengurusan dan bantuan masak-memasak serta sumbangan masa, tenaga dan harta
Akhi Aufa dan Akhi Izuan selaku housemate yang sentiasa memberikan support, terutamanya diminit-minit terakhir untuk menguruskan teknikal program serta hal-ehwal tetamu di rumah.
Akhi Syafeeq Ridzam diatas bantuan masak-memasak serta tenaga untuk mengangkat barang-barang kesana kemari
Akhi Hafiz Che Ismail kerana menyokong penuh cadangan program dan menguruskan tempat masakan di rumah anda
Akhi Kabirurahman kerana berusaha dengan cemerlang untuk bawa perbincangan tentang program ini dengan MSSCF
Akhi Syafiq Azzmi kerana Berjaya menjadi MC yang cemerlang dan menghiburkan. Moga ianya menjadi pengalaman yang bermakna dalam lapangan dakwah inshaAllah.
Abang Halikul diatas sumbangan peralatan makanan dan bantuan pengangkutan serta nasihat dan sokongan sepanjang masa.
Akhi Haneef kerana menjadi cameraman cemerlang program yang menangkap gambar-gambar bermakna sepanjang program sebagai manifestasi dan bahan bukti kejayaan program kita.
Akhi Fayadh, Akhi Aziz, Akhi Rahim, Akhi Azri & Akhi Fahmi Hussin diatas bantuan mewar-warkan program ini kepada rakan-rakan yang lain.

Ukhti Dayang diatas kerajinannya mengecheck email dan mengemaskini database peserta program, serta mengupdatenya kepada saya dari semasa ke semasa. Juga kerana melayan tetamu-tetamu muslimat yang hadir.
Ukhti Mahfuzah kerana membantu membelikan cenderamata yang menjadi tanda kenang-kenangan kita semua kepada Abg Muhaimin
Ukhti Husniyah yang sudi menyumbangkan talifonnya sebagai medium perhubungan tatkala beberapa AJK muslimat mempunyai kesulitan menalifon.

Sahabat-sahabat muslimin-muslimat yang hadir ke program tersebut
Sahabat-sahabat muslimin-muslimat yang memberikan sumbangan ikhlas berbentuk wang untuk menjayakan program
Sahabat-sahabat muslimin-muslimat yang membantu menyusun kerusi meja sebelum program berjalan
Sahabat-sahabat muslimin-muslimat yang membantu clear barang-barang setelah program selesai

Jazakumullahu khairan kathira, terima kasih buat semua. Moga Allah mudahkan urusan antum semua inshaAllah.
“Di bawah runtuhan kota Melaka, kita bina jiwa MERDEKA!”
Wassalam wbt.

Mohamed Azad Noor Azman
Mantan Pengarah Program
(ni hint nih, mungkin ada projek-projek lain yang bakal muncul! Hehe…)

1 comment so far

  1. muhaiminsulam on

    salam. Jgn gunalah term `mantan’ krn maknanya kurang enak didengar. Ia adalah singkatan dari perkataan Indonesia `MUNDAR MANDIR TANPA JAWATAN’….rasanya begitulah.


Leave a reply